color of my life

Sunday, May 31, 2009

Syurga Cinta


ala2 promo filem la pulak kan?? ahaks..ape2pun syurga cinta mmg best..credit to idham, haziq, heliza and awal dearie ;)...
cerita yg ringan, jln citer yg best n yg paling penting mesej2 yg disampaikan terlalu berguna dan bermakna..rase tertusuk ke jantung, hati dan limpa ku..heheheh..


si kecik ni mmg byk menghidupkan citer ni..caya lah haziq..akak sgt suka pelampung ikan ko tu dik...sgt cute :)..


n yg ni pulak..my hero..sgt suke dia...
harap2 di dtgkan Allah dgn jodoh yg ketiga itu..aminn...

dah abis movie, kami meneruskan agenda ari itu iaitu soping...sedar x sedar, smpai ke mlm..
hidup semakin bermakna kini!!


Wednesday, May 13, 2009

~ n3 makan2 lagi ~



ntah nape, aritu teringin sgt nk mkn chicken sizzling kat HR steak house tu..dgn gigih aku angkut mkcik lidya n mkcik ain..dgn jln jem x hingat..tp dgn berkat kesabaran kita sume, finally smpai gaks kite ke cabaran yg ke2 iaitu carik parking..eeeiii, nak mkn pun susah tau!!!




muka2 girang dpt mkn together2..



chicken sizzling 2, fish n chip combo (sungguh ikan rasenyer), mushroom soup extra masin, coleslaw n fries yg sedap..air pulak epal laici, laici, honey dew n cappucino blended..slurrrppp!! oh another extra chicken sizzling n air tembikai..total = rm53.50..murahkan?? so, kite leh gi slalu2..huahuahua..





santapan kami mlm itu..pinggan sape yg licin tu???





lepas mkn sesi gosip-mggosip (x tahan aku tgk pic ni)...gigih kan korang??




lepas mkn, kena pulak mncampakkan makcik2 blk ke umah msg2 sbb p'jalanan aku msh jauh lg..hehe..


sempat lg feeling zaman dok umah sewa kan??



Labels:

Tuesday, May 12, 2009

Kenapa Aku Diuji???



Kita sering diuji dalam kehidupan kita ini. Namun tahukah mengapa kita diuji. Manusia diuji oleh ALLAH untuk mendidik jiwa mereka agar tabah dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang. Manusia pula menguji untuk mengetahui sejauh mana kekuatan atau kebolehan mereka terhadap sesuatu perkara. Mari kita sama-sama renungkan ayat yang telah Allah turunkan tentang ujian dalam kehidupan kita sebagai hambaNYA..agar bertambah ketaqwaan dan keimanan kita...


Kenapa AKU DIUJI?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


Kenapa UJIAN SEBERAT INI?


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 rasa FRUST? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!


"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12