color of my life

Sunday, April 19, 2009

xtvt d hjg mggu..

sungguh bosan semenjak 2 menjak ni..kena carik sumting new tuk penuhi masa lapang..huahuahua..n dis week, xtvt di taman pertanian malaysia a.k.a bukit cerakah..why choose dis place?? sbb ini salah satu destinasi budget yg sgt happening..lgpn g sorang2 pun leh, dekat dgn umah..budget2 nak g awal elak panas..tp di pg ahad sape je la yg nak bgn awal..at last, kul 10 br gerak..terus menuju ke destinasi dgn berpakaian ala2 bersukan..hehe..smpai sana beskal da abis la pulak..kena la tggu smpai dpt beskal..rata2 aku nmpk mostly chinese, secara purata mgkin dlm 10% je la org melayu..ye la org melayu mana nak g tmpt2 camni..panas, penat, letih sume ade..





kat entrance ade pulak moto ni..peluang utk posing la kan?? lgpn muka tgh suci tanpa sebarang peluh..:)




x smpai 10 minit, da dpt beskal...sgguh sonok teringat zaman2 skolah rendah (ala2 filem sembilu) hahaha...utk sejam sewa beskal = rm3..additional 1 hour = rm1..dgn berbekalkan sebotol ribena, sebotol air mineral x cukup dgn tu beli lg 100 plus setin di tgh2 jln masa berkayuh..dulu gi xde lak sepenat ini..smpai bsh baju dgn peluh..mgkin sbb skrg lemak2 dah bertambah kot..byk kali gak bnti kat pit stop nyerr..bnti2 snap pic, bnti je snap pic..sgguh susah nak mntk tlg org snap pic aku..


ni baru suku perjalanan...dah penat yg amat..muka control jek..



akhirnya smpai kat skytrex-adventure ni...there are 3 parts kat sky-adventure ni..fees utk join kat sky-adventure ni is excluded yg byr kat entrance..per head around rm35-40...klu pegi dgn group consist of 10 pax and above, leh dpt 10% discount..

BIG THRILL There are 23 challenges with names like 'Bermuda Triangle', 'Happy Hopper', 'Wobble Trouble' and 'Wild Revenge' which you may find humourous, that is, until you stand before them. Ala2 fear factor jugak la..



EXTREME CHALLENGE and lg satu LITTLE ADVENTURE..Half an hour allocated for 'gearing up'. hahaha..sungguh mncabar...




best giler...klu gi reramai lg best...

sblm naik, pose dulu...hehe..sungguh tggi tau nak panjat ni...dah smpai atas terasa kepuasannye walaupun a bit gayat..hehe

xtvt hari itu berakhir kul 1 tgh ari..kaki dah cramp..kulit dah mcm udang..panas beb..len kali nak g reramai pulak br best..pas selesai kat sky-adventure, gi main paintball pulak...:)

Thursday, April 16, 2009

Sekeping Hati...



Sekeping hati ini…
terlalu berharga bagiku
disuatu ketika dahulu aku pernah beri
kepada seseorang yang aku percayai dan sayangi
tetapi… tidak dihargai
dirobek-robekkan bagaikan tiada nilai
bila telah menemui sekeping hati yang lebih sesuai dengan jiwanya
dipulangkannya kembali kepadaku dalam keadaan penuh kelukaan

sekeping hati ini…
ku cuba berikan lagi kepada seseorang
diatas kepercayaan dia mampu merawatnya dan
mampu memberikan sinar bahagia
tetapi… sekali lagi
tidak dijaga sebaiknya
dimusnahkan dan dihancurkan
bagaikan kaca yang jatuh terhempas dan berkecai
tidak dipulangkan kepadaku walaupun aku pinjamkan
hanya seketika waktu

sekeping hati ini…
luka dengan parah
lantaran perbuatan hamba bernama insan
bermain dengan kata-kata yang penuh kemanisan
ungkapan rindu dan sayang
tidak pernah lekang dari bibirnya
sehingga terleka dan
jauhnya sekeping hati ini
dari ilahi Rabbi

sekeping hati ini…
penuh dengan luka, parut dan lubang-lubang kesakitan
lubang-lubang itu TIDAK akan tertutup seperti sebelumnya
ia jua…
TIDAK mungkin akan sempurna seperti asalnya
TIDAK mungkin akan sembuh seperti asalnya
TIDAK mungkin akan serupa seperti asalnya
TIDAK mungkin akan ceria seperti asalnya
TIDAK mungkin akan indah seperti asalnya

sekeping hati ini…
sudah terlalu letih untuk menerima kepercayaan seutuhnya
dari hamba bernama insan
ia memerlukan masa yang amat panjang
untuk menyembuhkannya seperti sediakala
lantaran kelukaannya dimasa lalu

sekeping hati ini…
ku ubatinya dengan zikrullah
agar lubang-lubang kesakitan itu dapat ‘ditampal’
walaupun PARUT tetap akan meninggalkan bekas
dan kesakitan itu pasti akan dirasai
selagi roh dikandung badan
ku yakini semua lubang-lubang itu mampu ‘ditampal’
bersama nur ilahi

sekeping hati ini…
walaupun berperang setiap hari dengan dua bisikan
dan setiap saat menyuruh kembali ke zaman silam
tidak akan sesekali aku berpatah semula kebelakang
walaupun ia terlalu letih dengan pelbagai ujian yang datang
akan ku jaga ia dengan zikrullah agar sentiasa lembut
akan ku didik ia dengan mengamalkan sunnahtullah
akan ku belai ia dengan bacaan Al-Quran
akan ku berinya makanan setiap hari dengan santapan ROHANI
agar ia tetap terang bercahaya dan tidak akan malap
kerana ALLAH melihat dan menilai sekeping hati ini
bukan kecantikan luaran mahupun harta benda

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati kamu…” (HR Imam Muslim)

sekeping hati ini…
ku didik akan bersabar dan tabah
menerima segala ujian duniawi
ku lembutkan ia
agar menerima sekeping hati lain dari seorang insan
yang ada kalam ALLAH dalam hatinya
yang ikhlas dan tulus hatinya
agar sekeping hati ini akan lebih sempurna dan berpasangan
melalui ikatan yang sah
bersama-sama mencari keredhaan ilahi
sebagai bekalan ke destinasi kekal

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah Yaasin: 36)

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya”. ( Surah Ali’ Imran: 08)

~ Doa Apabila Jatuh Cinta ~



Ada orang bertanya adakah doa-doa tertentu apabila jatuh cinta.
Jika kita bimbang ’ketelanjuran’ dalam cinta, kita alihkan rasa cinta kita kepada Allah dengan membanyakkan salawat, dzikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu, kalau kita tewas nafsu yang akan memperdayakan kita.
Dalam pada itu, amalkan doa apabila jatuh cinta. Segala ruang kehidupan perlu berbekalkalkan doa untuk keselamatan dan istiqamah hatta dalam bercinta pun kita sentiasa perlu berdoa. Agar cinta kita diredhai dan diberkati Allah. , doa itu diambil dari sifat Allah, satu dari sifat2 Asmaul Husna, ia itu sifat Al-Muhaimin, sifat Allah Yang Maha Menjaga / Maha Memelihara. Sifat ini disebut-sebut di dalam Al Quran. Allah SWT bukan saja mencipta, bahkan Allah SWT juga menjaga, mengawal, mengurus ciptaanNya. Sentiasa memlihara dan memerhatikan setiap perbuatan dan perkataan kita.
Fadilat membaca Ya Allah Ya Muhaimin setiap masa agar terhindar daripada apa-apa bencana yang tidak kita sedari.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.


Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU.

Ya Allah…
Bila hamba bertemu dengan seseorangdan hamba jatuh cinta
Izinkanlah hamba menjadi yang terbaik baginya dan dia yang terbaik bagi hamba

Ya Allah…
Bila Hamba menjadi pasangan seseorang
Izinkanlah diri hamba menjadi pelindung baginya
Izinkanlah diri hamba menjadi penyejuk hati baginya
Izinkanlah wajah hamba menjadi kesenangan baginya
Izinkanlah mata hamba menjadi keteduhan baginya
Izinkanlah pundak hamba menjadi tempat melepas keresahan baginya
Izinkanlah setiap perkataan hamba menjadi kesejukan baginya

Ya Allah…
Izinkanlah setiap pelukan menjadi jalan untuk lebih mendekat kepadaMu
Izinkanlah setiap sentuhan menjadi perekat cinta kepadaMu
Izinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami bersyukur kepadaMu

Ya Allah…
Izinkanlah hati yang sangat halus ini tidak pernah merasa tersakiti
Izinkanlah hati yang rentan ini tidak pernah merasa terkhianati

Ya Allah…
Jiwa kami ada dalam genggamanMu maka izinkanlah jiwa kami selalu bertaut dalam cintaMu

Ya Allah…
Permintaan terakhirku, semoga kami berdua selalu berada dalam perlindunganMu, Ya Allah..


amin ya rabbal 'alamin