color of my life

Monday, May 9, 2011

~SOLAT DHUHA~

Ekceli tgh bosan tahap cipanzi nak beranak ni...xtau ape nak wat da..keje pun almost done...di saat2 diri tgh sangap ni, terbace la pulak ttg solat dhuha ni yg mane kite tau byk manfaatnye cume kite ni liat je nak wat..jgn kan solat dhuha, yg wajib pun liat..hihi..tp ape pun, x salah share ttg ilmu ni kan..sharing is caring katenyer..hah, cer bace cer bace ttg solat dhuha ni yer..semoga kite same2 diberkati olehNya..aminnn

Waktu menunaikan solat Dhuha :

"Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang."

Masuk waktu solat Dhuha selepas waktu Syuruk kira selepas 28 minit masuk waktu Syuruk. Boleh semak di kalendar atau jadual waktu solat.

Niat Solat Dhuha :



Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala
**Samada di tunaikan dengan 2 rakaat, 4 rakaat, 8 rakaat atau 12 rakaat.






Doa selepas solat Dhuha :






“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”





Kebaikan solat Dhuha :

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw:

“Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur” (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”Rasulullah bersabda lagi,
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”


So, jum kite cube amalkan...:)

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home