color of my life

Wednesday, December 17, 2008

~ KaWaN @ SaHaBaT ~

i would like to dedicate the below poem to my dearest best frens Ain and Lidya...also dedicate to akak and irwan..last but not least Kak Lin and Shida...
kawan,
bila rasa ingin menangis, hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu...
tapi tak leh lama
kawan...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri, jauhi dari masalah...
hubungilah aku...
aku takkan suruh kau berhenti..
tapi..
mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai...
tapi jangan laju sangat lari, tak larat aku nak mengejar..
kawan..
jika tiba2 kau ditinggalkan kekasihkau..
beritahulah aku..
aku tidak akan memakihamun x-makwe@x-pakwe kau..
tapi..aku akan cuba buat kau cintai diri kau sendiri...
kawan..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibubapa kau..
tapi..terimalah segala ketentuan Allah...
dan belajar untuk cintai mereka..
kawan..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau suatu hari nanti...
ceritalah pada aku..
aku takkan sebut nama perempuan@lelaki itu...
tetapi..cubalah jadi lelaki@wanita yang lebih soleh@solehah...

TETAPI kawan...
jika suatu hari aku berdiam diri..
aku tidak membalas messagemu..
aku tidak angkat panggilan darimu...
hubungilah aku segera...
sebab waktu itu aku..
aku mungkin perlukan kau...
atau aku sudah tiada lagi di dunia ini...............
jadi andai ini suratan buatku kalian doakan kesejahteraanku di dunia abadi..
kerana mungkin doa kalian mampu menemani aku dialam yg berbeza itu..
Apapun kawan..
segalanya ketentuan Illahi..
buat kita yg bernama manusia..
carilah...
kecapilah manisnya mahabah fillah yg Allah utuskan dlm persahabatan yg seketika ini..
sayang fillah buat sahabat2ku yg jauh dimata..
dekat dalam munajatku padaNya..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home